Sabtu, 3 Januari 2009

BAHAGIA HAKIKI

Susah hati itu kalau diikut-ikutkan sangat
ia akan parah menjadi penyakit jiwa
Dari susah hati pergi kepada sedih
dari sedih kepada derita dan sengsara
kemudian kecewaakhirnya putus asa

Di waktu itu kaya, pandai, jawatan tinggi
nama, glamor, ada kuasa tidak ada guna
tidak ada erti apa-apa
Orang yang semacam ini
kalau serba ada sekalipun, gelap dunianya

Setengah orang bunuh diri kerana putus asa
Mengapa dia kecewa hingga putus asa?
Padahal segala keistimewaan telah dimilikinya!
Ketahuilah memiliki keistimewaan dunia
bukanlah segala-galanya
sekalipun tidak salah mempunyainya

Kebahagiaannya sementara
atau kebahagiaan tipu daya
tidak sampai ke hujung, akhirnya kecewa
Kebahagiaan bersama Tuhan adalah hakiki
sejati, kekal abadi
Tuhan adalah segala-galanya
keistimewaan dunia tidak dapat apa-apa pun
tidak mengapa

Tapi kalau kehilangan Tuhan
segala-galanya tidak ada erti apa-apa
Tapi kalau dapat kedua-duanya
dapat Tuhan, miliki dunia pula
ia menambah bahagia
Bahagia dengan Tuhan tidak cukup percaya sahaja
sekalipun banyak ibadahnya.

Bahagia dengan Tuhan kenalah kenali Dia
kemudian terus takut dan cinta
Kemudian yakin pula dengan peranan Tuhan
apa yang dilakukan-Nya kepada kita tidak sia-sia
Apa yang Tuhan lakukan kepada kita
sama ada lahirnya nampak negatif atau positif
ada hikmahnya ada pengajarannya

Tuhan Maha Suci dari menganiaya
Kalau pandai menerimanya
di situlah ada kebahagiaan
Jika faham apa maksud Tuhan
yang dilakukan-Nya kepada kita, kita redha
jiwa akan tenang

Tiada ulasan:

TUHANKU

Siapalah aku tanpa pertolongan Engkau Tuhanku. Aku langsung tak layak bergelar sebagai hamba kerana saban hari lagakku dan sikapku dengan Mu tak melayakkan aku bergelar hambaMu. Aku masih membesarkan dan mengutamakan yang lain selain Mu. Aku sedar semua itu salah tapi aku lemah. PertolonganMu amat ku harapkan Tuhanku. Bantulah aku selalu dan jangan tinggalkan aku dalam kelalaian. Aku sedar tapi aku lemah. Mazmumah ku terlalu tebal sedangkan mahmudahku hampir tiada aku rasa. Ampunkanlah aku wahai Tuhan.
Bantulah aku didalam aku membaiki diri ini.
Pimpinlah aku untuk mendekatkan diri kepadaMu.

Amin