Ahad, 31 Januari 2010

Layang-layang


Suatu hari kita ingin bermain layang-layang, kalau kita beli yang sudah siap sungguh mudah dan cantik, pergi kedai pilih layang-layang, yang mana berkenan bagi duit, layang-yang itu jadi milik kita, pasangkan tali dan layangkan, pastinya akan melayang…. Naik tanpa sebarang masalah…..
Barangkali kita ingin membuat sendiri, dengan hasil kreatif kita, nak buat layang-layang yang cantik perlu ada kemahiran yang baik…
Mula-mula kita kene cari buluh, masuk hutan, tebang buluh dan bawa pulang, kerja tak siap lagi, kita perlu menyisir buluh tersebut untuk jadikan batang buluh yang cantik, namun setakat menyisir tanpa menimbang batang tersebut,tidak cukup, batang buluh tersebut perlu di imbang agar ianya sama rata dan kelihatan kemas.
Setelah di ikat dengan cantik, menampakkan rangka layang-layang yanng menarik, rangka tersebut perlu di bungkus dengan kertas atau plastik, bungkus dengan kemas supaya layang-layang akan jadi menarik, pasang ekor, dan teraju….
Masalah pada teraju perlu di ambil kira kerna teraju memainkan peranan yang amat penting, bagi melayangkan layang-layag tersebut….
Setelah siap semuanya, tanpa kita terlupa benang, pasti nya kita inigin melayangkan layang-layang tersebut…
Mungkin barangkali kita boleh terjemahkan, dengan mencipta layang-layang, kita boleh samakan dengan perjalanan hidup kita, cinta mungkin….
2009 telah sebulan meninggalkan aku, perit payah, suka duka diharungi dengan redha… namun satu kejadiaan telah menimpa aku sehingga aku tak mampu berdiri, tidak mampu berlari…
Kejadian yang amat perit telah melanda hidup aku, dan akhirnya aku kecundang, kecundang dengan kehancuran yang amat dasyat…
Hidup bagai layang-layang, bagai mana kita mencipta, bagaimana layang-layang itu terbang…
Aku perlu akur dengan nasib yang menimpa, bukan nasib tapi ujian, inilah hidup “layang-layang aku dan putus tali”, tapi aku perlu kembali, kembali kejalan yang telah di suratkan untuk aku, kembali kejalan yang di redhai….
Jadi nak buat macam mana?
Kalau kita nak buat layang-layang kita kena mencipta, sekarang aku sedang mencipta, malah rangka juga telah siap, untuk menjadikan “layang-layang” aku sempurna. Begitu juga dengan nasib, nasib kitabagaikan layang-layang yang dicipta, jika asasnya cantik pasti cantik lah hidup. Hidup tanpa cita-cita dan angan-angan takkan sempurna, hingga suatu hari kita akan merasa bosan dengan hidup kita.
Tidak ada seorang manusia didalam dunia pijaman Tuhan ini, tak pernah kecewa, tak pernah jatuh, tak pernah kecundang.. tapi kalau kita tidak bangun atas kejatuhan kita, kita akan menjadi manusia yang tak pernah beruntung, beruntung dengan pinjaman Tuhan.
Apa yang aku buat adalah berfikiran positif, demi menjadikan hidup yang lebih sempurna….
Pada keluarga, teman-teman terimakasih atas sokongan, semoga aku lebih bangkit dari dulu, semoga aku terus dengan perjuangan ini… terima kasih …
“layang-layang” aku hampir siap, sekarang aku sedang tunggu saat untuk terbangkannya,.. mungkin esok, mungkin lusa, “layang-layang’ itu akan terbang melihat langit, dan pasti nya “layang-layang” itu tahu dibawah ada yang sedang memerhati………….

Khamis, 30 Julai 2009

KAKI DALAM KASUT

By Dr. Mahathir Mohamad

1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.

8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

TUHANKU

Siapalah aku tanpa pertolongan Engkau Tuhanku. Aku langsung tak layak bergelar sebagai hamba kerana saban hari lagakku dan sikapku dengan Mu tak melayakkan aku bergelar hambaMu. Aku masih membesarkan dan mengutamakan yang lain selain Mu. Aku sedar semua itu salah tapi aku lemah. PertolonganMu amat ku harapkan Tuhanku. Bantulah aku selalu dan jangan tinggalkan aku dalam kelalaian. Aku sedar tapi aku lemah. Mazmumah ku terlalu tebal sedangkan mahmudahku hampir tiada aku rasa. Ampunkanlah aku wahai Tuhan.
Bantulah aku didalam aku membaiki diri ini.
Pimpinlah aku untuk mendekatkan diri kepadaMu.

Amin