Sabtu, 10 November 2007

kawan kita

kita boleh pilih sesiapa sahaja sebagai kawan kita atas apa juga alasan kita - mungkin sebab kita kenal dia, mungkin sebab kita suka dia, mungkin sebab kita percayakan dia. tapi apabila kita memilih seseorang untuk menjadi kawan kita, kita tidak menandatangani sebarang kontrak. tidak ada memorandum persefahaman. tidak ada akuan bersumpah. tidak ada menggunakan khidmat peguam. mungkin barangkali ada diucapkan secara lisan tetapi bukan semua kawan kita datang dengan ucapan 'boleh saya berkawan dengan awak?'. jadi secara obligasinya, kita tidak ada apa-apa tanggungjawab terhadap sesiapa juga yang kita panggil kawan itu.

dia ada hidup dia sendiri. menjadi kawan dia tidak memberikan hak untuk kita campur urusan hidup dia. dia hendak tergolek, dia hendak terlentang, ikut suka hati dialah. itu hidup dia. tetapi; bagaikan sudah menjadi satu 'peraturan ghaib', hidup kawan kita adalah hidup kita.

barangkali kalau kawan kita itu orang yang senang, tidak ada apa-apa masalah sebab kita juga yang tumpang senang. dia masuk peraduan dan menang duit sejuta misalnya, dia gembira sebab dapat duit sejuta, kita gembira sebab ada orang akan belanja kita makan. cuma akan ada masalah; barangkali sudah menjadi adat berkawan, bila kawan kita itu 'menangis'. berlawanan dengan masa kawan kita gembira; masa kawan kita menangis, kita tidak boleh turut menangis. kita kena berhentikan mereka menangis. kalau mereka menangis sebab sedih, kita kena pujuk. kalau mereka 'menangis' kerana susah, kita kena tolong.

‘kita selalu pujuk kawan kita menangis, sedang kita selalu menangis sorang-sorang’ atau lebih jelas lagi, ‘biar kita menangis kerana kawan kita jangan sampai kawan kita menangis kerana kita’, mungkin kata-kata inilah yang akan keluar dari benak fikiran kita, bila kita rasa kita nak tolong kawan kita.

tapi kalau mereka ini tiap-tiap kali pun mahu menangis dan setiap kali menangis tidak reti untuk berhenti, kawan dan lawan hanya dipisahkan oleh satu 'garis halus' yang sangat nipis.
peribahasanya kalau tidak silap - melepaskan anjing yang tersepit, sudah dilepaskan, tangan kita pula yang digigitnya. atau mungkin 'pijak kepala'. mengungkit; dalam apa juga situasi dan sebab, bukanlah sesuatu yang baik. tetapi saya hanya mahu kata disini sifat negatif yang macam inilah akhirnya akan membinasakan hubungan berkawan.

barangkali sebab itulah kena ada jawatan polis atau jawatan-jawatan seumpamanya. kena ada orang yang kerjanya menolong orang. sebab kalau harapkan pertolongan percuma, ia ada hadnya - lima kali untuk orang yang sama pun kiranya sudah melebihi had itu. walaupun orang itu kawan kita sendiri.sememangnya kita ada pilihan. yang paling utama ialah hidup kita sendiri. kita boleh kata 'aku dah taknak kawan dengan engkau. dah banyak kali tolong pun tak berubah-ubah. kau ni menyusahkan hidup aku aje'. ingat, kita tidak pernah tandatangani apa-apa perjanjian, kita tidak boleh disaman.atau kita boleh 'susahkan' hidup kita bila kita tahu kawan kita susah. kita tahu kita akan habiskan banyak masa dan tenaga kita bukan untuk diri kita sendiri. kita tahu kita tidak akan dapat apa-apa. tapi kita tahu, apa-apa juga yang kawan kita balas balik tidak akan setanding dengan apa juga yang akan tuhan balas balik.

dan ingatlah kawan tidak akan lari meninggalkan kawannya; walau dalam apa keadaan pun. ada kawan yang menyusahkan kadang-kadang jauh lebih baik daripada hidup sorang-sorang macam kera sumbang.

jadi walau bagaimanapun keadaan kawan kita, sama ada dia menyusahkan atau tidak, dia tetap kawan kita, dan walau tinggi dan rendahnya kita, tidak ada kasta yang memisahkan dalam dunia persahabatan……

hargailah kawan kita

" takkan kau berasa gundah walau sekali jika kau tahu apa yang dicari "

Tiada ulasan:

TUHANKU

Siapalah aku tanpa pertolongan Engkau Tuhanku. Aku langsung tak layak bergelar sebagai hamba kerana saban hari lagakku dan sikapku dengan Mu tak melayakkan aku bergelar hambaMu. Aku masih membesarkan dan mengutamakan yang lain selain Mu. Aku sedar semua itu salah tapi aku lemah. PertolonganMu amat ku harapkan Tuhanku. Bantulah aku selalu dan jangan tinggalkan aku dalam kelalaian. Aku sedar tapi aku lemah. Mazmumah ku terlalu tebal sedangkan mahmudahku hampir tiada aku rasa. Ampunkanlah aku wahai Tuhan.
Bantulah aku didalam aku membaiki diri ini.
Pimpinlah aku untuk mendekatkan diri kepadaMu.

Amin