Sabtu, 9 Mei 2009

cinta

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cinta adalah buta... cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang kita cintai, mencintai kita dan sikap ramah kita kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI....

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah dengan sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari.....

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

Dan cinta adalah anugerah, anugerah ilahi yang indah, cinta membuat kita gundah, cinta yang tak sudah..... hargai cinta, kerana cinta membuat kita merasa, kerana cinta membuat kita ada, kerana cinta membuat kita gembira...

takkan kita berasa gundah walaupun sekali, jika kita tahu apa yang kita cari... cinta tak pernah sudah........

ps: aku sayang sangat-sangat kat chinta hati aku....

Selasa, 5 Mei 2009

tentang pokok

apa dia pokok tumpang? pokok tumpang adalah sejenis tumbuhan yang melekat di satu-satu pokok untuk hidup, menyedut zat-zat yang pokok ditumpang untuk membesar, untuk menjadi sebuah pohon yang hidup segar dengan hanya menumpang. ada dua ketagori pohon menumpang, satu- pohon yang baik - pohon baik ianya membesar sedikit, dan melahirkan bunga-bunga yang cantik dan wangi, dua- pohon yang jahat - pohon yang menumpang dan langsung tidak memberikan keceriaan, malah jika dibiarkan lama-lama ia akan menjadi banyak, bagaikan penaklukkan senyap yang lahir dari naluri tumbuhan itu sendiri, pokok yang di tumpang tak boleh menghasilkan buah malah akan mati lama kelamaan.

itulah sifat-sifat semulajadi yang ada pada pokok tumpang ada yang baik dan jahat.

jika kita terbitkan sifat-sifat itu kedalam fitrah semula jadi manusia kita akan nampak apa yang selalu kita hadapi, cuma bezanya pokok lebih baik dari manusia dari segi kejahatannya...

dalam hidup aku sehari-hari, aku tak lari dengan musuh, sama ada musuh yang terang-terang atau musuh senyap. aku tak berape nak amek pusing sangat dengan musuh-musuh aku neh, sebab aku boleh dikirakan jarang la buat jahat, erm tak kacau langsung pun sape-sape, duduk umah tulis blog ahahahhahha, tapi kenapa aku ada musuh...???

tah aku pun tak tahu macam mane aku buleh ada musuh, penat aku memikirkan nya, tapi tak dapat juga sebabnya... aku berandaian bahawa musuh-musuh aku neh iri hati ajerk.. tak lebey dari itu.

apapun yang dikatakan musuh itu tetaplah musuh, musuh yang jika dibiarkan akan lebey menjadi-jadi perbuatan jahatnya terhadap diri kita, macam mana nak buat?

aku bukan askar yang ada senjata melawan musuh, aku hanya petani tentera mencari rezeki di bumi tuhan, aku sedar yang manusia di dunia ini hanya menumpang di bumi pinjaman, adat menumpang kene lah malu sikit kat TUAN punya tempat yang kita tumpang, jadi sedar lah aku persengketaan bukan jalan terbaik untuk kita yang hidup sebagai menumpang nih.

jadi berbaik-baik sesama kita adalah jalan yang paling baik, jalan yang di persetujui oleh mana-mana pihak.

berbalik dengan pohon tumpang tadi, kalau dah banyak sangat tuh buang lah, kalau kita sayang kan pokok kita, dengan cara ini kita dapat hasil dari pokok kita, kita dapat makan buah kita dapat apa yang kita tanam, kalau tak sayang biarkan ajerk

jadi pasal musuh aku tadi, jalan penyelesaian nya, aku ignore ajerk ape yang dia dah buat kat aku, sebab kalau nak pikir banyak-banyak lagi akan menyusut kan kepala..... wat tak taw ajerk lah ahahahhahahaha

cari lah pokok tumpan len yang boleh berbunga-bunga, bila dah berbunga-bunga secara sendiri nak buang sayang malah kita jaga dan kita beri baja.

walau aper pun kaedah kita menyelesaikan masaalah, kita jangan lupa apa yang kita ada, yang kita janji dan yang kita sembahi..... TUHAN yang Agung, TUHAN yang beri kita 'kebenaran' menumpang di tempat nyer, kerana setiap apa yang kita lalui dan hadapi adalah ketentuannya..... kadang-kadang kita lupa.... lupa yang kita ada TUHAN....

tah ape-ape aku merepek.....

Isnin, 4 Mei 2009

busan lagi

bagi mengahdapi ari2 mendatang aku rasekan satu tahap busan yang teramat sangat, kerana aku bukan super hero yang sentiasa bz ngan tugas2 menyelamatkan orang, aku adalah seorang petani kampung, yang menjalankan tugas2 rasmi sebagai petani, kadang2 wat part time job, seperti menulis surat perletakkan jawatan orang ekekekekekke

bodo le kalau d pk kan kadang2..... hahahhahahah

esok hari2 baru bakal datang, permohonan sejumlah kewangan hampir mencapai sasaran nya(kaye la aku, bole g CH), tapi tu semua bukan hak aku, tu hak pojek2 aku, sebagai tokey, aku tak bule nak men2 lagi, kene wat betol2, kerana aku dah ramai sangat pekeje, dah ramai sangat untuk aku pikul tanggungjawab nyer, insyaallah berkat dari SOKONGAN MU YA ALLAH, aku melangkah di bumi MU dengan penuh kesyukuran dan rendah diri, hanya padamu jua lah tempat aku mengadu...........

erm ikan banyak mati, mungkin kene selsema babi kot, tp rase nyer akibat suhu bumi terlalu panas sehinggakan ikan2ku tak dapat menahan kepanasan melanda, di sini sekali lagi aku mengadu padaMU Tuhan....

Sabtu, 2 Mei 2009

ilham

dah lame aku tak merepek kat blog aku neh,
dengan puisi2 merepek,
entah dah takda mood nak rekacipta,
nak copy n paste pon malas gak,
dah rase macam takda da blog neh,
ape pon di lingkungan januari hingga april macam2 aku tempuhi sebagai pengembala neh, entahlah ini ujian untuk aku kot (da banyak dosa kot,
duk ngah busan memikirkan strategi perniagaan yang mangkin kelam kabot,
aku buka la lagu2 chintan mase aku kat jepon dulu,
erm aku dengar dan amati sebuah lagu dari Uky's
tajuk "bila diri di sayangi"
tah lain macam aku dengar lagu neh,
kat 10x gak dengar,
dan aku yakin org yang buat lagu neh mesti ngah dalam mood ketuhanan,
dan aku percaya lagu neh dah buat aku sedar yang ADA yg lebey AGUNG dr segala-galanya, keagungan TUHAN yang perlu aku sujud kembali.....

ni ah lirik lagu tuh, erm tah taon bila tah....


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

erm,nak aku ulas ker? takpayah la..
lagi pon mase aku sedang menulis blog neh,
aku bukan dengar pon lagu uky's tuh ekekekekkeke
aku dengar lagu dari gloria gaynor - I will survive. muahahahahhaha

TUHANKU

Siapalah aku tanpa pertolongan Engkau Tuhanku. Aku langsung tak layak bergelar sebagai hamba kerana saban hari lagakku dan sikapku dengan Mu tak melayakkan aku bergelar hambaMu. Aku masih membesarkan dan mengutamakan yang lain selain Mu. Aku sedar semua itu salah tapi aku lemah. PertolonganMu amat ku harapkan Tuhanku. Bantulah aku selalu dan jangan tinggalkan aku dalam kelalaian. Aku sedar tapi aku lemah. Mazmumah ku terlalu tebal sedangkan mahmudahku hampir tiada aku rasa. Ampunkanlah aku wahai Tuhan.
Bantulah aku didalam aku membaiki diri ini.
Pimpinlah aku untuk mendekatkan diri kepadaMu.

Amin